PROFIL KANTIN

PROFIL KANTIN SMKDSE


Kantin sekolah ini mula beroperasi apabila sekolah ini menerima kemasukan murid yang pertama di bangunan pada tahun 1973. Pada waktu itu bilangan murid tidak ramai iaitu 592 orang sahaja.

Setakat ini kantin sekolah ini telah diusahakan oleh beberapa orang pengusaha yang berkaliber. Pengusaha kantin terkini ialah Syarikat Intan Boleh Enterprise kepunyaan Pn Sharifah Zaharah bt Syed Mohd. Beliau mengambil alih pengurusan kantin sejak tahun 2013. Di bawah pengurusan beliau kantin semakin ceria dan maju.

Perniagaan beliau dibantu oleh beberapa pekerja yang cemerlang. Banyak perubahan yang beliau lakukan untuk memajukan kantin ini. Pada tahun ini kantin ini telah mewakili Batu Pahat dalam Anugerah Kantin Bersih, Sihat dan Selamat Peringkat Kebangsaan 2014 bagi kategori Kantin Sekolah Menengah Bandar.

Syarikat Intan Boleh membekalkan makanan bermasak, dan pelbagai jenis kuih –muih Melayu Semua jenis masakan dan kuih –muih disediakan mengikut kesesuaian majlis dan permintaan pelanggan. Harga makanan yang disediakan adalah berpatutan dan bersesuaian mengikut permintaan pelanggan. Semua makanan dan minuman yang disediakan dijamin halal dan berkualiti.

Objektif Kantin

1.       Menyediakan makanan yang seimbang
2.       Mewujudkan suasana tempat makan yang bersih, selamat dan sihat
3.       Menjalin hubungan yang mesra antara pihak sekolah dengan pengusaha kantin.



MISI

Mewujudkan tempat makan yang bersih, selamat dan sihat bagi menghasilkan pelajar – pelajar yang gemilang

VISI

Kantin gemilang 2015



No comments:

Post a Comment